PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menolak andaian kononnya laporan polis berhubung dakwaan terbaru kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dirancang oleh Umno atau Barisan Nasional (BN) untuk menganiayai dan menghalang kebangkitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Sambil menyatakan terkejut dengan laporan itu, Perdana Menteri menegaskan: “Umno tak fikir nak kacau dia macam ini, tidak ada. BN pun tak fikir nak menyusahkan dia, nak kacau dia atau nak timbulkan perkara yang macam ini… tidak ada niat seumpama ini.
“Tak terlintas dalam fikiran saya langsung nak buat khianat dan saya percaya kawan saya, Datuk Seri Najib Razak dan siapa pun tak berfikir begitu. Kita tidak ada sebarang rancangan untuk buat sesuatu kepada dia kerana dia kata dia dah pulih balik dalam politik.”
Abdullah menegaskan demikian ketika mengulas laporan oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di pondok polis Hospital Kuala Lumpur petang kelmarin, mendakwa beliau diliwat Anwar di sebuah kondominium di Damansara, Khamis lalu.
Anwar dalam kenyataan yang dipetik agensi berita AP awal pagi semalam, bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai ‘hanya rekaan semata-mata’.
Beliau mendakwa laporan polis itu dibuat bagi menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu.
Mengulas lanjut dakwaan terbaru terhadap Anwar itu, Abdullah berkata, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis kerana ia adalah hak individu terbabit sebagai mana Anwar berhak membuat penafian.
“Benda itu sudah berlaku dan orang yang terbabit sudah
buat laporan. Kita nak buat apa lagi, dia ada hak membuat laporan, kita tidak boleh tegah dia daripada buat laporan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan sewajarnya bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.
“Kalau dah begitu, pihak polis kenalah ambil apa-apa tindakan yang wajar. Laporan polis sudah dibuat dan polis yang akan membuat siasatan dan menentukan sama ada perkara itu betul atau tidak betul.
“Soal apa yang Datuk Seri Anwar nak kata, bukan sesuatu yang kita boleh tentukan. Dia tentulah buat penafian. Lazimnya orang yang dituduh buat penafian tetapi kalau sudah ada bukti dan pihak polis akan siasat, siasatlah,” katanya.
Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Perdana Menteri berkata: “Saya tidak mahu cakap lagi, tiada spekulasi lagi.
“Apa yang saya tahu laporan sudah dibuat kepada polis dan polis akan tentukan apa yang dia nak buat dan bagaimana dia siasat. Saya tak beri arahan untuk apa mereka buat.”

Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.
Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!








